Monday, July 25, 2011

kerdilnya hamba-MU

Assalamualaikum...


ALLAHUAKBAR...coretan kali ini,diiringi linangan air mata,hati yang meronta dan fikiran yang berserabut memikirkan dosa...

Ya ALLAH,entah kenapa malam ini perasaan ini menghambat jiwa...pada mulanya awal jam 12 tgh mlm td hati ini gembira dan ingin mencoretkan sesuatu yg bahagia di kanvas ini...namun setelah itu ALLAH menunjukkan ana beberapa coretan para sahabiah yang sangat meruntun jiwa...mereka menyedarkan ana...menyedarkan ana dari lena yang panjang...menyedarkan ana betapa ana semakin jauh dari cinta ALLAH yang selama ini ana kejar...sedih...sangat sangat sedih...apa laah sangat ibadah ana selama ini tuk mendapat cinta ALLAH...apa lah sangat yang telah ana lakukan untuk ISLAM sbg khalifah dibumi ALLAH...

ana terbaca sebuah kisah seorang muslimah yang kembali bertaubat setelah melakukan satu dosa iaitu mencari cinta selain cinta yang halal bgnya...dia mengabdikan hidupnya dengan amal ibadah...kisahnya kisah nyata...dan akhirnya dia pergi sebelum berjumpa cinta seorang imam...namun dia pergi dengan cinta Hakiki...dia pergi dalam dakapan cinta ALLAH...

kisahnya membuat ana berfikir,sejauh mana ana jadikan dunia sebagai ladang untuk bertemu ALLAH di akhirat kelak?ana berfikir sejauh mana ana telah menjalankan tanggungjawab ana sebagai hamba ALLAH...ana berfikir adakah ana telah berjaya memiliki cinta ALLAH? Ya ALLAH cinta-MU sungguh suci malah mahal maharnya...ingin sekali ana memiliki cinta-MU Ya ALLAH...

ana perlu sentiasa mengingatkan diri agar tidak lalai dengan duniawi...perlu sentiasa menjadikan dunia ladang akhirat....diri perlu lebih matang dalam mengenal cinta ALLAH....diri perlu dibaiki..diri perlu ditambah ilmu....diri perlu berubah...berubah kerana ALLAH...berubah untuk mendapat cinta ALLAH...berubah untuk mendapat perhatian ALLAH....FAIZAH PERLU BERUBAH!!!!!





p/s buat beberapa orang sahabiah ana telah bergelar ummi muda dalam masa terdekat ini...ana ucapkan tahniah wahai mujahidah...ana doakan antunna bahagia bersama zauj antunna dan ulama' yg baru dilahirkan...moga mereka menjadi setabah dan sehebat ummi wa abi...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...