Monday, August 1, 2011

Andai itu kali terakhir...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan Kareem kali ini...Subhanallah...ALLAH yang MAHA PENYAYANG memberi peluang sekali lagi untuk berebut keampunan dan tawaran2 bonus lain didalam bulan penuh barakah ini...Ya ALLAH syukkran...

hari ini merupakan hari terakhir sya'aban dan menjadi kebiasaan bg keluarga ana untuk berziarah ke rumah Ustaz Hassan,seorang guru yang telah banyak mengajar ana mengenal ISLAM...perbezaannya tahun ini,tiada lagi buah tangan buat Ustaz Hassan,hny buat isterinya yg ana gelar "makcik"...pemergian Ustaz Hassan sebelum sempat ana bersua dengannya taun lepas masih segar dalam hati...terutamanya setiap kali melintasi rumahnya...rumah yg menyimpan seribu memori...dirotan,ditegur,diajar,dibelanja...memori yg indah semuanya...

saat bertemu mata dengan makcik,rindu itu terubat...mata ingin sekali menangis namun hanya dipendam dalam hati...makcik memeluk ana erat..sgt sayu...rindu pada ustaz...setelah bersembang2 bertanya khabar,makcik menceritakan bahawa dia kadang2 terasa kosong tanpa ustaz...mgkn disbbkn faktor usia yg menjangkau 73 tahun membuatkan rasa rindu itu sering bertandang...katanya rindu mendengar bebelan ustaz...ALLAHuakbar,segar dalam ingatan bebelan ustaz dengan makcik setiap kali ana berada di rumah itu...saat makcik bercerita tentang ustaz,mama pn xketinggalan membuka kisahnya dengan bapak...gurauan mereka di pagi hari tadi,"jom la ikut p pasar,nnt saya xdak xtaw nk beli barang apa"itu kata2 bapak kpd mama pagi td...ana hny mampu tersenyum kelat...

bukan apa..tiba2 terkenang peristiwa semalam yang berlaku pada diri sndri...bila mama ngan makcik bersembang tentang kematian...hati ini mmg takut andai tiada lagi esok untuk bertaubat dari segala khilaf diri...sejak beberapa minggu lepas ana mmg kurang sihat...demam,batuk2 yg biasa hadir acapkali musim panas dan musim buah...namun semalam kemuncaknya...entah kenapa sewaktu ingin menunaikan solat zohor,angkat sahaja takbiratul ihram,pandangan jd gelap dan sedikit pusing...bila diteruskan solat,tiba2 saja ana tersujud...tersedar ana telah lalai dalam solat ana kembali bangun dan mengangkat takbiratul ihram buat kali kedua...beberapa saat kemudian pandangan jadi gelap semula...sedar saja ana da terbaring atas sejadah...rancangan untuk menyertai mama berziarah ke rumah Tok Minah terpaksa dibatalkan...ana ditgglkan dirumah dsbbkan keadaan yang tidak mengizinkan...rupanya setelah diperiksa tekanan darah(guna alat pemeriksaan bapak) tekanan darah ana sangat rendah...=.=' nasib baik xde pape....

hny ALLAH yg tahu perasaan ana ketika itu...ye lah andainya kali kedua ana mengangkat takbiratul ihram tu kali terakhir ana bernafas di muka bumi...pastinya ana tidak berkesempatan berjumpa Ramadhan lagi..hmmm kejadian itu benar2 menyedarkan ana agar lebih menghargai masa yg ada untuk bertaubat kpd ALLAH...tak kurang juga mengingatkan diri agar rajin2 menjaga jadual permakanan...(^^,)



p/s buat semua yg membaca ini...Selamat Berpuasa..selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..hargai Ramadhan ini kerana kita tidak tahu sama ada kita mampu sampai ke Ramadhan seterusnya atau tidak...jagalah amalan kita di bulan Mulia ini...dan maafkan ana andai pernah berlaku khilaf kpd semua...


2 comments:

hrusli61 said...

Semoga dirahmati, diampuni dan dibebaskan dari api neraka kelak. Agar di penghujungnya beroleh Maqam Taqwa. Amiin.

:: FaE-ZaH :: said...

Ameen Ya Rabb...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...