Monday, August 8, 2011

sebarkan senyuman!!

Assalamualaikum...


kali ini niat dihati ingin berkongsi satu status dan satu mesej dari sahabat2 yg sangat menarik hati...

If you can’t be a pencil to write anyone’s happiness, try to be a nice eraser to remove someone’s sadness. :)
by asyraaf azahari,salah seorang sahabat dr Republic Of 1991



betulkan..kalau kita xmampu menjadi orang yang membahagiakan orang lain,cukuplah sekadar kita menjadi penangkis kesedihan mereka...xmampu selesaikan masalah mereka tp cukup sekadar menjadi pendengar setia yg meringankan masalah mereka...a shoulder to cry on orang kata...(^^,)


dan satu lagi yg ingin dikongsikan adalah mesej dari nurul najihah binti harun..

suatu hari umar al-khattab r.a berkata kepada sebahagian sahabatnya,"aku berwasiat kepada kamu 6 perkara;
1-jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya maka cacilah dirimu kerana celamu lebih banyak darinya
2- bila engkau hendak memusuhi seseorang maka musuhilah dahulu perutmu kerana tidak ada musuh yang lebih bahaya terhadapmu selain perut
3-bila engkau ingin memuji seseorang maka pujilah ALLAH s.w.t kerana tidak ada seorang manusia pun lebih banyak memberi kepada kamu dan lebih santun lembut kepadamu melainkan Dia
4-jika engkau ingin meninggalkan sesuatu maka tinggalkanlah kesenangan dunia sebab andaikata engkau meninggalkannya beerti engkau terpuji
5-bila engkau bersiap untuk sesuatu maka bersiaplah untuk mati kerana jika engkau tidak bersiap untuk mati maka engkau akan menderita rugi dan penuh penyesalan
6-bila engkau ingin menuntut sesuatu maka tuntutlah akhirat.kerana engkau tidak akan memperolehinya selain dengan mencarinya




mari sama2 kita renungkan dan beramal dengan niat ikhlas kerana ALLAH S.W.T

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...