"Dengan mengeluarkan kata kata agama,
tidak semestinya aku seorang ustazah..
labuhnya tudung ku,
tidak semestinya aku seorang yang alim..
dengan menasihati orang lain,
tidak pula bermaksud aku ini adalah la orang yang sebaik-baiknya..
aku cuma insan biasa,
yang mempunyai keinginan seperti kamu..
cuma aku berkongsi,
apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu..
dan mengingati diri sendiri,
supaya menjadi lebih baik.."
Assalamualaikum...
kata-kata diatas mengingatkan ana kepada kata-kata Imam Hassan Al-basri "sesungguhnya apabila aku menasihati kamu bukanlah bermakna aku yang terbaik dikalangan kamu,bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya sesorang itu menyampaikan dakwah hanya apabila dia sempurna nescaya tidak akan ada pendakwah,maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
Allahuakbar...ALLAH da berjual beli dengan setiap yang berjuang di jalan-NYA...Alhamdulillah bila ada yang benar ikhlas memandang kita sebagai seorang muslimah yang sedang mencari keredhaan ALLAH namun bila ada yang memandang kita dengan pandangan serong maka bersabarlah..itu mehnah dan tribulasi yang perlu kita lalui...indahnya,ALLAH akan sentiasa memujuk kita dengan ayat-ayat cinta dari-NYA...
persepsi masyarakat spt panggilan "ustazah" untuk memerli,itu normal...kadang-kadang,"bertudung labuh,berjubah tapi ambil kursus yang lasak?",itu juga biasa... terlalu biasa dan normal hingga ia hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri..xsempat bersinggah di benak hati pn...sebab hati percaya apa yang penting adalah pandangan ALLAH dan bukannya pandangan manusia...
ingin benar ana mengingatkan para pembaca sekalian,hormatilah mereka dengan pemakaian mereka...yang kurang ditegur berhikmah,yang mengikut syariat diperli jangan...mereka hanya mengikut suruhan ALLAH.bukan cuba berlagak alim mahupun menyatakan mereka punya banyak ilmu...
"Mardhatillah through Dakwah"
0 comments:
Post a Comment