Pertama dan selamanya Alhamdulillah kerana ALLAH telah memberi kesempatan sekali lagi untuk merasai nikmat Iman dan Islam...semoga ALLAH tidak menarik nikmat yang paling besar ini..Alhamdulillah juga masih diberi peluang untuk hidup di bulan yang penuh Barakah,Ramadhan Kareem ini..
ingin berkongsi bersama sahabat2 yang berziarah...sedikit perkongsian dari diri yg masih dalam proses belajar..juga peringatan kpd diri yg sentiasa alpa...bukan mudah menjadi pemimpin...
memimpin diri pn susah inikan pula menjadi pemimpin kepada satu qariah yg besar...bila berbicara soal kepimpinan ini banyak sirah2 kembali menerjah kotak fikiran...kehebatan kepimpinan Rasulullah S.A.W serta sahabat2 baginda banyak mengajar ana sendiri secara peribadi untuk memperbaiki diri dalam berkepimpinan...ingin sekali diri menjadi sehebat Umar Al-Khattab,seorang pemimpin yg benar2 menjaga kebajikan rakyatnya...

Saidina Umar terkenal dengan kepimpinannya sewaktu menjadi khalifah. beliau sanggup menyamar menjadi orang biasa kemudian keluar berjumpa dengan rakyatnya untuk mengetahui masalah mereka...teringat akan sebuah kisah pada suatu malam tatkala pemimpin berjiwa rakyat ini keluar seperti kelazimannya...kemudia dia tiba di sebuah rumah yg dhaif kerana terdengar tangisan anak kecil yg sgt kuat...dia menghampiri rumah tersebut kemudian memberi salam. keluar seorang ibu yg kelihatan sgt naif keadaanya di muka pintu lantas menjemput tetamunya masuk..kemudian si ibu bergerak ke ruangan dapur dan kelihatan seperti sedang memasak,sangkaan saidina umar pastinya ibu itu sedang memasak untuk anaknya yang sedang kelaparan namun masakan itu tidak siap sehingga anaknya tertidur...lantas ditny kpd ibu itu,rupanya keluarga itu telah beberapa hari tidak makan dan anaknya mmg kelaparan,si ibu tiada pilihan lain selain mengambil batuan dan pasir memasukkan ke dalam kuali supaya anaknya sangka yg ibunya sedang memasak sesuatu,si ibu turut menyatakan betapa teruknya khalifah yang tidak mengambil berat ttg rakyatnya itu iaitu Saidina Umar sendiri...mendengar cerita tersebut,saidina umar bergegas ke baitulmal,tmpt menyimpan kekayaan negeri untuk mengambil seguni tepung,melihat keadaan seorang khalifah mengangkut guni tepung yg berat itu seorang pekerja baitulmal ingin menghulurkan bantuan namun ditegah saidina umar dengan lantang,"adakah kamu ingin memikul bebanan dosa ku di akhirat kelak?" lalu pekerja itu terdiam dan saidina umar kemudian kembali lagi ke rumah tadi...dengan tangan beliau sendiri,saidina umar telah memasakkan makanan untuk keluarga tersebut tanpa keluarga tersebut sedar bahawa beliau adalah saidina Umar...selesai memasak,dihidangkan makanan itu kepada keluarga yg sedang kelaparan itu,lantas si ibu bersuara,"seandainya khalifah Umar juga seperti kamu maka beruntunglah rakyat"
dari kisah itu banyak yang boleh dipelajari...betapa seorang pemimpin itu perlu banyak bersabar dalam menjadi seorang ketua,seorang pemimpin itu perlu sentiasa mengambil berat akan rakyatnya,seorang pemimpin itu harus sedar tanggungjawab dan amanah yg dipikulnya,seorang pemimpin perlu tahu kesengsaraan rakyat dan bukan hny bersenang lenang di atas singgahsana..dan pelbagai lagi pengajaran
bukan mudah sahabat2 yang disayangi kerana ALLAH sekalian untuk kita menjadi seorang pemimpin...pemimpin yang akan mampu menjawab semua soalan ALLAH kelak di akhirat nnt...kadang2 pemimpin ini dicerca,dikata,dibidas namun apa kita mengerti apa yg dilalui seorang pemimpin?untuk mengenali seorang pemimpin maka jadilah seorang pemimpin...
semoga kita semua berjaya menjadi seorang pemimpin yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah...ana juga ingin mengingatkan diri sendiri yang sentiasa lalai dalam menjadi seorang pimpinan...mujur ada sahabat2 yg menegur...Alhamdulillah ini kesempatan yg ALLAH berikan untuk memperbaiki...
0 comments:
Post a Comment