
Assalamualaikum...
sangat seronok bila boleh memilih sendiri kelas kokurikulum untuk semester ni... kelas yang ana pilih adalah kepimpinan dan motivasi...satu cabang ilmu yang sangat ana minati... pelbagai isu yang dibincangkan dalam kelas ni dan kelas ini sedikit sebanyak membuka minda ana tuk jadi lebih positif...Alhamdulillah... pensyarah yang mengajarnya juga bukan calang-calang... hebat dalam bidang pengajiannya,hadis,feqah dan lain-lain meski dia hanya seorang kaunselor... ilmu yang sgt luas diturunkan ke nasab keturunannya,anak2nya sungguh berjaya,ada yg sedang belajar di mesir,belajar di luar negara dan dalam negara...hebat...perjalanan hidupnya jugak hebat... benarlah sebuah tarbiyyah yang hebat mampu melahirkan seorang hamba yang hebat...
minggu ini tajuk yang dibincangkan adalah mengenai pemimpin...banyak isu yang dibincangkan mggu ini namun yang paling menarik minat ana adalah pada slot resolusi sblm kelas berakhir,"pemimpin hebat itu perlu berilmu" begitu kata-kata dari en wan mohd ghazali...benar.. pemimpin yang memimpin sesebuah organisasi tanpa ilmu akan gagal melaksanakan tugasnya... bagai menyuruh si tukang jahit memasak...
menurut en ghazali lagi, kalau pemimpin itu nak memimpin biar punya ilmu dunia dan akhirat yang seimbang....baru pimpinan dia pn jadi seimbang... rakyat yang nak memilih pula perlu memilih dengan bijak...pilih pemimpin yang akan membawa kita ke syurga...pilih pemimpin yang tidak hanya beri kita keselesaan di dunia malah kegembiraan di akhirat kelak...
sedarlah sahabat sekalian, satu hari nanti ketika kita di hisab di hadapan ALLAH,kita akan mengikuti belakang pemimpin yang kita sendiri telah pilih...dan ketika itu pemimpin adalah orang pertama yang akan disoal ALLAH mengenai tanggungjawab dan amanah yang beliau pikul sepanjang di dunia...taburlah sifat amanah dan qanaah semasa menjadi pemimpin dan sedarlah setiap manusia itu adalah pemimpin,sekurang-kurangnya pemimpin kepada dirinya sendiri...buat kaum ADAM,kalian bakal menjadi pemimpin sebuah bahtera baitul Muslim maka kemudilah bahtera itu dengan ilmu pengetahuan dan keimanan yang tinggi...
Wallahu'alam~
0 comments:
Post a Comment