Assalamualaikum...
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah telah sebulan berjaya mendaftar di UMK dalam kursus pilihan pertama ana.. ALLAH yg lebih mengetahui hikmahnya ana ditempatkan disini... ALLAH juga yg kembali membuatkan diri ini sibuk dengan pelbagai karenah akademik dan perjuangan ISLAM yang tak pernah kenal lelah... Subhanallah ana bahagia disini... bahagia kerana telah redha dengan segala ketentuan ini...
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
indahnya hidup bila kita belajar untuk menerima dari sentiasa merungut...ambil setiap perkara dari sudut positifnya meski sudut negatif tetap ada...dengan itu anda akan lebih bahagia... ALLAHUAKBAR kehidupan universiti sememangnya lebih besar cabarannya dari kehidupan matrikulasi...kalau dulu felo sering marah2 tanda sayang...halau menghalau agenda biasa...aktiviti dakwah bergerak terang jelas terlihat...namun di gelangang universiti yang lebih luas ini,dakwah tenggelam timbul...usahanya ada,namun tidak semudah dulu... ana sedar bahawa diri telah selangkah lagi menghadapi realiti kehidupan... ALLAH ALLAH ALLAH...saat diri terasa letih dan lesu hanya mampu menyeru nama ALLAH... itu dia kekuatan hakiki...
kehidupan disini,mengambil kira sudut positifnya,sungguh mematangkan diri...masalah air...bg org lain satu kesusahan,bagi ana satu proses pentarbiyahan...masalah masa...bagi orang lain terlalu mengejar masa,bagi ana itu lah dunia... Subhanallah sangat bersyukur juga dikurnia pensyarah2 hebat yang sering mengingatkan agar dekat dengan ALLAH Azza Wa Jalla...
ingin berkongsi kata2 dari pensyarah2 yg telah membuat diri berfikir dalam...
"setiap dari anda semua punya akaun tersendiri dalam bank emosi anda.setiap hari topuplah kesabaran ke dalam bank itu agar simpanan anda bertambah.di saat anda kesunyian,disaat anda marah maka keluarkan kesabaran dari akaun bank anda untuk digunakan.pasti anda lebih bahagia." -pak arham,pensyarah fizik asas-
"berusahalah menjadi wanita solehah dan jangalah bercita-cita akan suami yang soleh." -ustaz shahbani,pensyarah TITAS-
"buang tabiat typical malaysian yang tidak ambil peduli supaya kamu dapat mengubah malaysia" -dr wong yee ching,pensyarah kimia am-
"carilah seorang sahabat baik,dan luahkan segalanya kepada dia,kerana sifat memendam perasaan kamu itu akan membunuh kamu seperti kanser" -en wan mohd ghazali,pensyarah kepimpinan dan motivasi-

#sekitar perkongsian ringkas ini...diharap dapat memberi makna kepada semua... ALLAH yg mampu membolak balikkan hati,semoga dilembutkan hati kedua ibu bapa ana untuk mengizinkan ana mengikuti acara luar nanti...
0 comments:
Post a Comment