
hehe tajuk post kali ni da macam tajuk buku Ustazah Fatimah Syarha atau lebih mesra dikenali dengan kak ha...

hee tp sebenarnya tajuk post kali ini adalah ilham dari Illahi...tiba2 kata-kata itu menjengah saat sedang bahagia merasai cinta yang halal...yaa sangat bahagia...skrg ana amat sangat bahagia... bahagia walau dihimpit kerja dunia yang banyak...bahagia walau memikul amanah-amanah berat...bahagia walau hakikatnya banyak masalah menanti tuk diselesaikan satu persatu... bahagia menikmati cinta halal yang ALLAH anugerahkan kepada hati-hati yang berada di jalan Dakwah ini...
sungguh rakan pembaca sekalian...terkadang ada yang mempersoal kena memilih jalan dakwah ini sedang kalian tahu bukan mudah berada di sini....mengapa memilih susah dari senang yang tersedia di depan mata...mengapa sanggup meredah kesakitan dan kepayahan bila ada kebahagiaan menanti...PALSU semua itu!!!
bahagia yg dikecapi mereka di luar jalan dakwah itu bukan bahagia yang ana rasai kini..bahagia ini kerana ukhuwwah yang didasari akidah yang sama...bahagia mampu merasa cinta pada sahabat...bahagia mampu merasa rindu pada sahabat...bahagia mampu menangis kerana cintakan mereka kerana ALLAH...ALLAHUAKBAR terlalu besar perasaan ini untuk digambarkan...sungguh sangat bahagia..itu antara kemanisan berada di jalan dakwah...
saat kita jatuh, beribu dibelakang bersedia menyambut,mengangkat,memberi semangat,menyeka air mata dan sama2 melangkah menuju satu matlamat yang sama...ALLAHUAKBAR!! sungguh bertuah diri diberi peluang merasai segala kepahitan,kemanisan dan kesyukuran ni...ALLAHUAKBAR!! tiada kata lain mampu diucap selain Takbir memuji kebesaran-NYA... SYUKRAN YA ALLAH kerana mengurniakan mereka yang banyak mentarbiyyah diri ini untuk menjadi lebih baik... SYUKRAN YA ALLAH kerana menghadirkan mereka buat penguat benteng diri...SYUKRAN YA ALLAH kerana mengurniakan mereka kepada diri ini...
"YA ALLAH ikatlah hati-hati kami dengan ikatan ukhuwwah yang xkan pernah putus..Redhailah kami,restui perjuangan kami,terangi jalan kami...Rahmati rindu dan cinta yang ada ini...semoga kami bertemu lagi di syurga nan abadi"
0 comments:
Post a Comment