Monday, January 2, 2012

Rindu Pada Sang Ombak...


kuala perlis...selepas hari-hari MPPB yang memenatkan


Assalamualaikum...

bukan tajuk kali ini berniat untuk menceritakan tentang filem Ombak Rindu atau sebagainya...tapi tajuk itu benar menggambarkan apa yang diri ini rasai ketika ini...



Ya ALLAH bagai ombak menghempas pantai yang menghakis seperti ombak di pantai tok jembal, namun rindu akan ombak itu, begitu lah perasaan ini digambarkan... ALLAHUAKBAR, sekali lagi diri ini menerima taklifan besar dalam sebuah organisasi...dan bukan calang-calang organisasi, Persatuan Islam di UMK yang lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Teman(JT), sebagai setiausaha... hanya ALLAH yang tahu betapa berat hati ini menerima sebuah taklifan itu namun ALLAH menguatkan aku melalui ayat-ayat cintanya yang sentiasa membahagiakan diri ini... benar diri ini merasa tidak senang duduk bila tidak bekerja, gemar sangat bekerja namun tatkala diberi sebuah amanah baru, firman ALLAH dalam surah Al-Ahzab yg berbunyi,


"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."


ALLAH...saat diri terasa berat terasa ingin lari jauh, datang sahabat2 yang sentiasa mengingatkan tugasan ana sebagai seorang khalifah dan hamba di muka Bumi ALLAH yg sementara ini... seorang adik menghantar pesanan ringkas,


"kak...tahniah dan takziah atas amanah ni. alamanah hua taklif wala tasyrif"


bertuah rasanya ALLAH takdirkan ana berada di jalan ini.. Syukran Ya ALLAH... amanah ini akan dipikul sebaik mungkin...amanah ini xakan dipersiakan... amanah ini perlu kefahaman tuk dipikul maka kefahaman yang akan dikumpulkan dahulu... Ya ALLAH, Jagalah hati ini Ya ALLAH...dalam menjalankan tugas dan amanah, hati perlu sentiasa bersih, hati tidak boleh cepat mentafsir tanpa hujah, hati perlu banyak bermuhasabah, hati tidak boleh membiar emosi menjadi raja, hati perlu sentiasa dijaga... Maka Ya ALLAH peliharalah ia...peliharalah seketul daging yang menjadi harta berharga buat diri ini..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...